ZAKAT

BERZAKAT MENYUCIKAN HARTA DAN JIWA
Owkey kali ni sy nak share info pasal zakat. Kebanyakan org yg sy jumpa bila sy bercerita pasal emas, diorg akan bertanya pasal zakat. Gaya bertanya tu cam 'sayang' je nak keluar duit utk bayar zakat hehe. Jgn takut utk keluarkan duit utk zakat. Zakat tu perlu utk menyucikan harta dan jiwa =) Lagipun itulah 'karma' dlm kehidupan. Bila kita berzakat, barulah ekonomi kita semua berjalan dlm 'keadaan sihat'. Tapi apa pun bagusla juga bila org bertanya soalan camni. Atleast kita tau yg kita kene keluarkan zakat dan tak lupa kpd rukun Islam yg ke 4 itu. 

Abg sy pernah berborak dgn member dia. Member dia tu benggali. Member dia tu kata "U makan banyak, U mesti mau berak..surpa juga ini wang..U ada banyak, U mesti mau kasi kuar sikit" Cuba kita tgk. Dlm agama diorg pun di ajar camni. Mungkin dlm agama diorg tak di panggil zakat. Mungkin ada istilah dia sendiri sy pun tak tau. Tapi maknanya, agama lain pun tau kepentingan zakat ni. Kalau setiap org kat dunia ni tak kira bangsa dan agama 'berzakat' dah tentu tak kan wujudnya kasta. Yg kaya terus kaya dan makin kaya, yg miskin akan terus miskin dan makin miskin. Tak mungkin. Pasal dgn zakat ni la golongan kaya akan membantu golongan miskin. Inilah yg sy maksudkan dgn ekonomi dlm 'keadaan sihat' dan harmoni.

Skang sy nak share dalil mengenai kewajipan berzakat pulak..

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu manjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” – Surah At-Taubah (ayat 103)

 “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”. -Surah An-Nur (ayat 56)

“Dan (ingatlah wahai Muhammad), Ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil (dengan berfirman): Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa, dan kaum kerabat dan anak-anak yatim, serta orang miskin; dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.” -Surah Al-Baqarah (ayat 83)

Ok la cukup utk hari ni. Sy berpesan kpd diri sy dan diluar sana, marilah kita sama2 berzakat. BERZAKAT MEMBAWA BERKAT =)